Sunday, March 28, 2010

Berakhirnya Zaman Teruna Dara

Perkahwinan adalah suatu sunnah. Maka bila bermulanya suatu cerita perkahwinan ianya melibatkan banyak pihak dan persiapan. Persaudaraan antara dua keluarga pun bermula dan diikat dengan keturunan dan zuriat. Kegembiraan majlis sebegini amat dirasai dan juga oleh kanak-kanak.
Sanak saudara akan berkumpul dan bersama-sama meraikan dan menyumbang tenaga kerja.


Sanak saudara yang jauh akan datang berkumpul dan bersama-sama mempunyai pelbagai khabar berita terkini ataupun yang sensasi ?

Sudah menjadi adat majlis seumpama ini didahulukan dengan khenduri dirumah pihak perempuan dahulu, maka persiapan beupa hantaran di sediakan.

Perjalanan jauh tak terasa. Berkumpul di suatu tempat sebelum bersama-sama mengiringi pengantin lelaki.

Tempat kediaman disediakan membolehkan seisi rombongan beristirehat semalam dua.
Hantaran digubah dan di final touchkan oleh pakar-pakar sebelum diarak keesokkan hari.


Semoga berbahagia dua merpati sejoli menempoh alam rumahtangga.