Sunday, March 28, 2010

Berakhirnya Zaman Teruna Dara

Perkahwinan adalah suatu sunnah. Maka bila bermulanya suatu cerita perkahwinan ianya melibatkan banyak pihak dan persiapan. Persaudaraan antara dua keluarga pun bermula dan diikat dengan keturunan dan zuriat. Kegembiraan majlis sebegini amat dirasai dan juga oleh kanak-kanak.
Sanak saudara akan berkumpul dan bersama-sama meraikan dan menyumbang tenaga kerja.


Sanak saudara yang jauh akan datang berkumpul dan bersama-sama mempunyai pelbagai khabar berita terkini ataupun yang sensasi ?

Sudah menjadi adat majlis seumpama ini didahulukan dengan khenduri dirumah pihak perempuan dahulu, maka persiapan beupa hantaran di sediakan.

Perjalanan jauh tak terasa. Berkumpul di suatu tempat sebelum bersama-sama mengiringi pengantin lelaki.

Tempat kediaman disediakan membolehkan seisi rombongan beristirehat semalam dua.
Hantaran digubah dan di final touchkan oleh pakar-pakar sebelum diarak keesokkan hari.


Semoga berbahagia dua merpati sejoli menempoh alam rumahtangga.

Sunday, February 28, 2010

Kemalangan Elektrik

Lebih 400 kemalangan elektrik melibatkan nyawa berlaku semenjak 2007. Ada sesuatu yang boleh dielekkan jika ada pengetahuan tentang bahayanya tenaga elektrik ini. Secara amnya tenaga elektrik ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu AC (alternating current) dan DC (Direct Current). Diantara AC dan DC, AC banyak menyumbangkan kepada kematian, boleh dikatakan 99%. Dimanakah AC ini kedapatan ? AC ini ada disemua tempat dikediaman, pejabat dan jalanraya. Dimanakah DC pula ? DC cumalah terdapat didalam alatan elektrik itu sahaja dan biasanya tidak mempunyai nilaian yang tinggi kecuali pada bateri2 sahaja.

Kategori AC pula ada HV (High Voltage), MV (Medium Voltage*), LV (Low Voltage) dan ELV (extra Low Voltage). Semua kediaman cuma dibenarkan pada aras LV sahaja. Kebiasaan nilaian AC dikediaman bergantung kpd saiz bebanan rumah tersebut iaitu samada 415VAC atau 240VAC. Bagaimana membezakan 415VAC dan 240VAC ?. 415VAC mempunyai 4 kabel (RYBN) dan 240VAC mempunyai 2 kabel sahaja (Live dan Neutral). Banglo, kilang kecil dan workhsop biasanya mengunakan 415VAC kerana bebanan elektrik yang banyak.

Bagaimana renjatan elektrik berlaku ? dua cara. Pertama secara langsung dan kedua secara perantaraan. Secara langsung jika tubuh badan manusia itu menjadi sebahagian dari bebanan elektrik tersebut. Sentuhan kepada wayar yang terkoyak, membuat sambungan sendiri dan membaiki peralatan yang rosak tanpa menutup suis utama. Secara tidak langsung adalah dengan perantaraan seperti air, sambungan salah dan melalui sentuhan badan ke badan mangsa. Antara penyumbang nilai ampiar yang tinggi adalah disebabkan oleh beban elektrik yang terlalu tinggi.

Berapakah nilai renjatan yang boleh mencedera atau membunuh manusia ? ianya dikira didalam nilai ampiar (A) iaitu berapa banyak VAC diatas rintangan tubuh, V=IR. 30m Ampiar boleh mengetarkan (fibrillation) degupan jantung dan menyahstabil signal jantung, cuba membuat jantung yang biasa berdegup 68 kali seminit menjadi 300 kali seminit !

Ianya memegang muscle (otot2 daging) tanpa membenarkan sebarang gerakan (retraction) dan dgn kadar segera memberhentikan pengembangan paru2. Lantas apa yang mampu dilakukan ? Jika tiada pemutusan dilakukan secara segera terhadap sumber elektrik tersebut, sudah tentu, dengan izin Allah, nyawa pasti akan terancam.

Dimanakah 30ma boleh didapati ? dirumah ? sekolah ? tiada, kerana nilai yang paling sedikit yang digunakan dirumah atau ditempat kerja adalah lebih dari 1 A ! apa maksudnya ? Jiak 30ma boleh menyebabkan keadaan azab seperti diatas, maka nilai yang lebih berganda dari itu seperti 1A pasti akan menyentap manusia lebuh pantas dan lebih cepat dengan pendarahan dalaman yang amat serius.

Tiada gambar. Menakutkan. cara mengelak ? senang, sebarang sambungan mintalah seseorang yang tahu tentang elektrik. Jangan baiki alatan elektrik tanpa alat2 pengukur yang betul dan sambungan telah diputuskan. Ada satu alat keselamatan didalam rumah khas untuk perlindungan nyawa manusia iaitu ELCB atau RCB atau "CLIPSAL". Press once a week to test dan semua sambungan akan diputuskan secara automatik jiak terdapat sebarang renjatan. Pastikan ELCB diputuskan dalam masa kurang dari 1 saat .. iaitu 40ms.

Friday, February 26, 2010

Temerloh - Bandar Ikan Patin

Patin sangkar di Jalan Tasik Bera.


Senang saja nak ketempat ini, cari jalan ke Tasik Bera berhampiran kg penunggul. 3 km drai bandar Temerloh.


Penerangan sedang dijalankan oleh makcik. makasih kerana memberi tips kepada kami.


Perjalan pulang ke KL diteruskan melalui susur keluar dari Temerloh ke Mentakab dan keluar melalui LPT ke Bentong. Tolnya RM6.00. Jalan lama ialah melalui bandar Karak, tanpa tol.


Kami singgah dan solat di Genting Sempah, sebelum meneruskan perjalanan ke Ampang.

Pemanduan adalah mengikut peraturan lalulintas, sekali-sekala rempit jugak.

Temerloh oh Temerloh

Perjalanan selama hampir dua jam melalui LPT akhirnya membawa kepada pencarian kedai makan pak usop berdekatan pasar Temerloh .. ternyata perniagaannya ditutup hari ini. Mengecewakan. Tempat alternatifnya ialah kedai makan berhampiran laluan utama Kuantan ke Kuala Lumpur. Lantas maja dibook dan ikan patin masak tempoyak dihidangkan ..

Kesan perompakan awal ternampak diikan tersebut.. gian le tu.


Sedikit cabaran tambahan dengan udang galah .. yang telah pun hilang isinya .. cukai le tu


Selepas 20 minit kemudian ...

Sesudah selesai menjamu selera yang tak seberapa itu, kami menyusuri sungai Pahang menuju ke Tasik Bera dengan tujuan membeli ikan patin yang segar dan tidak hanyir.

Acara penyiangan pun bermula setelah saiz dan jenis sudah dikenalpasti ..besar sungguh pisau mak cik tu.


Ikan yang sedap dan tidak hanyir ialah ikan yang tidak mempunyai lemak kekuningan dibawah badan. Biasanya patin sangkar biasa ialah yang diberi makan perut ayam, memang hanyir dan tidak menepati ciri2 patin. Best patin ialah patin liar .. susah sama macam namanya juga.
biasanya harga dalam RM95 sekilo, yang ni cuma RM14.00 sekilo.


Bersambung../