Friday, February 26, 2010

Temerloh oh Temerloh

Perjalanan selama hampir dua jam melalui LPT akhirnya membawa kepada pencarian kedai makan pak usop berdekatan pasar Temerloh .. ternyata perniagaannya ditutup hari ini. Mengecewakan. Tempat alternatifnya ialah kedai makan berhampiran laluan utama Kuantan ke Kuala Lumpur. Lantas maja dibook dan ikan patin masak tempoyak dihidangkan ..

Kesan perompakan awal ternampak diikan tersebut.. gian le tu.


Sedikit cabaran tambahan dengan udang galah .. yang telah pun hilang isinya .. cukai le tu


Selepas 20 minit kemudian ...

Sesudah selesai menjamu selera yang tak seberapa itu, kami menyusuri sungai Pahang menuju ke Tasik Bera dengan tujuan membeli ikan patin yang segar dan tidak hanyir.

Acara penyiangan pun bermula setelah saiz dan jenis sudah dikenalpasti ..besar sungguh pisau mak cik tu.


Ikan yang sedap dan tidak hanyir ialah ikan yang tidak mempunyai lemak kekuningan dibawah badan. Biasanya patin sangkar biasa ialah yang diberi makan perut ayam, memang hanyir dan tidak menepati ciri2 patin. Best patin ialah patin liar .. susah sama macam namanya juga.
biasanya harga dalam RM95 sekilo, yang ni cuma RM14.00 sekilo.


Bersambung../

No comments: